Sunday 29 December 2013

10 Bandar Dengan Pemandangan Skyline Tercantik di Malaysia

Bandaraya atau bandar manakah yang mempunyai pemandangan ‘skyline’ tercantik di Malaysia? Skyline didefinisikan sebagai gabungan bangunan pencakar langit bersama lokasi dan kedudukannya yang berpadu membentuk satu pemandangan menarik sesebuah bandar/ bandaraya.
10. Kuala Terengganu

9. Alor Setar

8. Melaka

7. Petaling Jaya

6. Kota Kinabalu

5. Putrajaya
putrajaya
4. Kuching

3. Johor Bahru

2. Georgetown, Penang

1. Kuala Lumpur

Ketahui tugas-tugas Imam dalam sembahyang



Orang yang menjadi Imam mempunyai beberapa tugas sebelum sembahyang, begitu pula dalam bacaannya dan pada rukun-rukunnya dan seterusnya sesudah memberi salam.

Tugas-tugas Imam sebelum sembahyang ada enam macam:

1. Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih’ daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi Imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi Imam.

2. Menjaga waktu-waktu sembahyang dengan menunaikan tiap-tiap sembahyang pada permulaan waktunya, agar diperolehi keredhaan Allah Ta’ala. Permulaan waktu itu diutamakan dari pengakhirannya samalah seperti mengutamakan kehidupan akhirat dan penghidupan dunia ini. Imam tiada harus melewatkan sembahyang kerana menggangu orang ramai datang, melainkan hendaklah ia melekaskannya agar memperoleh keutamaan permulaan waktu, kerana yang demikian itu adalah lebih afdal daripada ramainya orang yang berjemaah (tetapi lambat), dan daripada bacaan surah-surah yang panjang.

Pernah Rasulullah s.a.w. terlambat daripada menunaikan sembahyang fajar (subuh) dalam salah satu pelayarannya; iaitu kerana sebab taharah (pensucian) dan baginda tiada menunggu, malah disuruhnya Abdul Rahman bin Auf untuk menjadi Imam pada sembahyang itu, kemudian baginda menjadi makmumnya, padahal Imam sudah masuk pada rakaat kedua, lalu baginda bangun mencukupkan satu rakaat lagi kerana terlambat itu. Para sahabat merasa kasihan kerana berlakunya hal itu, tetapi Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Kamu telah membuat yang betul. Begitulah hendaknya selalu kamu lakukan.

Sekali peristiwa, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk mendamaikan antara sesuatu kaum, sehingga terpaksa lambat untuk menunaikan sembahyang zohor. Para sahabat telah menunjukkan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. untuk menjadi Imam. Kemudian Rasulullah pun tiba, sedangkan Abu Bakar di pertengahan sembahyangnya, lalu baginda pun berdiri di sebelahnya.

Dalam menunaikan sembahyang, Imam tidak perlu menunggu kedatangan muazzin, tetapi muazzin seharusnya menunggu kedatangan Imam, jika terlambat.

3. Bila menjadi Imam, hendaklah ia berikhlas semata-mata terhadap Allah azzawajalla, sebagai seorang yang menunaikan amanat Allah dalam taharahnya dan semua syarat-syarat sembahyangnya. Berikhlas, artinya: jangan ia mengambil upah dari sebab menjadi Imam itu (*). Manakala pengertian amanat di sini, ialah pensucian kebatinan dari segala rupa kefasikan dan ketakabburan ataupun tidak selalu melakukan dosa-dosa yang kecil. Orang yang menjadi Imam itu, hendaklah menjauhkan diri dari segala macam keaiban ini dengan penuh kesungguhan. Sebab tugas Imam itu seperti utusan atau penjamin bagi orang ramai, maka oleh itu hendaklah ia menjadi sebaik-baik manusia.

Demikian pula dengan pensucian kelahiran, iaitu dari segala rupa hadas dan kotoran, sebab mengenai perkara ini tiada seorang yang lebih mengetahui, melainkan dirinya sendiri. Jika sekiranya ia teringat berlaku hadas sedangkan ia di pertengahan sembahyang, ataupun terkentut dalam masa sembahyang itu, maka hendaklah ia jangan merasa malu, bahkan hendaklah ia memegang tangan seorang yang berdekatan dengan nya  seraya mengisyaratkan untuk menggantikannya.

4. Sebelum mengangkat takbiratul-ihram, hendaklah ia memeriksa semua saf-saf supaya rata. Mula-mula ia menoleh ke kanan kemudian ke kiri, kalau ada saf yang jarang diperintah untuk dirapat dan diluruskannya.

Ada yang mengatakan meluruskan saf itu, hingga bahu dengan bahu beriringan dan buku lali bersentuhan. Hendaklah ia tidak bertakbir, melainkan sesudah selesai muazzin dari iqamah. Muazzin pula seharusnya melambatkan iqamah dari azan, sekadar masa orang ramai dapat menyediakan diri untuk bersembahyang.

5. Imam hendaklah menyaringkan suaranya ketika melafazkan takbiratul-ihram, dan seterusnya kepada semua takbir-takbir yang lain. Makmum pula jangan sampai menyaringkan suaranya lebih daripada kadar untuk mendengarkan dirinya saja, dan takbirnya  hendaklah sesudah selesai takbir Imamnya, baru dia bertakbir pula.

Tugas bacaan Imam dalam sembahyang ialah tiga macam:

1. Membaca doa Iftitah dan ta’awwudz dengan sirr atau tiada menyaringkan suara, seperti seorang yang bersembahyang sendiri. Dan baca dengan jahar atau mengangkat suara pada Fatihah dan satu surah sesudahnya pada sembahyang subuh dan dua  rakaat yang pertama dari isya’, dan maghrib; ini termasuk sembahyang orang perseorangan juga. Membaca jahar perkatan Ameen pada sembahyang-sembahyang jahriah (yang dinyaringkan suara – iaitu subuh, maghrib dan isya’, dan Jumaat) bersama-sama makmum, dan bacaan makmum itu mestilah menyertai Ameen Imamnya serentak bukannya sesudah itu.

2. Hendaklah Imam dalam berdirinya menjaga tiga pemberhentian (berdiam sebentar).

a. Sesudah melafazkan takbiratul-ihram.
b. Sesudah membaca Fatihah
c. Sesudah membaca surah dan sebelum ruku’.

Berdiam itu sebentar saja sekadar untuk memisahkan  antara takbiratul-ihram dengan bacaan Fatihah, sebab ada larangan untuk bercepat-cepat di situ. Jangan hendaknya orang yang menjadi makmum itu membaca apa-apa di belakang Imamnya selain dari Fatihah saja. Tetapi kiranya makmum tiada mendengar bacaan imamnya dalam sembahyang-sembahyang jahriah, kerana berada terlalu jauh daripadanya, ataupun kerana sembahyang-sembahyang itu sirriyah, (yang tidak dinyaringkan – iaitu pada zohor dan asar) maka bolehlah makmum membaca surah sendiri di dalam sembahyang itu.

3. Meringankan sembahyang itu adalah lebih baik, terutama sekali bila jamaah makmumnya ramai sekali, kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Berkata Rasulullah s.a.w kepada Mu’az pula: Bacalah surah-surah Sabbihisma rabikal a’laa, Wassamaa’i-Waththaariq atau Wasysyamsi-Wadhuhaaha.

“Apabila seseorang kamu bersembahyang dengan orang ramai, maka hendaklah meringankan sembahyang, sebab di antara mereka itu ada yang lemah, ada yang tua dan ada yang mempunyai keperluan. Tetapi jika ia bersembahyang sendirian, bolehlah ia memanjangkannya menurut kehendaknya.”

Tugas-tugas Iman pada rukun dalam sembahyang ada tiga macam:

1. Hendaklah ia meringankan ruku’ dan sujud, jangan ia membaca lebih daripada tiga tasbih saja.

2. Makmum jangan pula melumbai atau mendahului Imamnya dalam ruku’ atau sujud, malah hendaklah ia menunggu dan tidak bersujud melainkan sesudah sampai dahi Imam ke tanah.

Begitulah ketika ruku’, makmum tiada ruku’ melainkan setelah Imam lurus di dalam ruku’nya.

3. Tidak menambah dalam doa tasyahhud lebih dari doa yang sudah ditentukan, sebab dikhuatirkan menjadi panjang. Dan janganlah ia menentukan doa itu bagi dirinya saja, bahkan digunakan shighatul jam’i (pengertian untuk ramai) supaya doa itu umum untuk ramai. Misalnya dia berkata:

“Wahai Tuhan, ampunilah kami sekalian.”

Tugas Imam pada mengakhiri sembahyang ada tiga pula:

1. Ketika memberi kedua-dua salam itu, hendaklah ia meniatkan memberi salam kepada semua orang yang berada di situ dan juga para Malaikat.

2. Hendaklah ia menetap di tempatnya sesudah memberi salam, terutama sekali jika ada makmum-makmum wanita di belakangnya. Dia tiada bergerak dari tempatnya dulu, sehingga sekalian makmum-makmum wanita sudah beredar dari situ.

3. Jika dia duduk sesudah sembahyang, hendaklah ia berhadapan dengan orang ramai.
————————

Nota:

(*) Syaikh Ibnu Taimiyah r.a. berkata: Apa yang diterima dari Baitul-Mal itu bukanlah  upah atau gaji, tetapi ia semacam rezeki untuk menolong  mendirikan ketaatan. Begitu pula dengan harta yang diwakafkan ke atas pekerjaan-pekerjaan baik, atau harta yang diwaksiatkan atau dinazarkan untuk tujuan-tujuan kebajikan, bukanlah dikira upah atau gaji. Al-Haritsi pula berkata: orang yang menghukumkan terlarangnya mengambil upah atau jenis pekerjaan untuk kebajikan tiada melarang mengambil upah itu dari harta yang diwakafkan untuk tujuan ini.

20 Gambar Pengurus Bola Sepak EPL Semasa Muda

Selepas siri 30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part1, Part 2, Part 3), kali ini kita ke entri yang lebih ringan sikit. Ada 20 gambar pengurus bola sepak Liga Perdana Inggeris semasa mereka masih muda - handsome, macho, cute, masculine, nerd? Semua pun ada. haha...



Kebanyakan mereka masih menguruskan pasukan masing-masing di England untuk musim 2011-12 ini dan ada juga mereka yang telah disingkirkan dan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan. Pemilihan muka-muka mereka ini berdasarkan availability daripada sumber dan karisma mereka di atas padang menurut pemerhatian aku.


1. Arsene Wenger (Arsenal)
Oktober 1996 - sekarang


2. Alex McLeish (Aston Villa)
Jun 2011 - sekarang


3. Owen Coyle (Bolton Wanderers)
Januari 2010 - sekarang


4. Jose Mourinho (Chelsea)
Jun 2004 - September 2007


5. Carlo Ancelotti (Chelsea)
Julai 2009 - Mei 2011


6. Roberto Di Matteo (Chelsea)
Jun 2011 - Mac 2012 (pembantu pengurus)

Mac 2012 - sekarang (pengurus sementara)


7. David Moyes (Everton)
Mac 2002 - sekarang


8. Martin Jol (Fulham)
Jun 2011 - sekarang


9. Kenny Dalglish (Liverpool)
Januari 2011 - sekarang


10. Roberto Mancini (Manchester City)
Disember 2009 - sekarang


11. Alex Ferguson (Manchester United)
November 1986 - sekarang


12. Alan Pardew (Newcastle United)
Disember 2010 - sekarang


13. Mark Huhges (Queens Park Rangers)
Januari 2012 - sekarang


14. Tony Pulis (Stoke City)
Jun 2006 - sekarang


15. Steve Bruce (Sunderland)
Jun 2009 - November 2011


16. Martin O'Neill (Sunderland)
Disember 2011 - sekarang 
 


17. Harry Redknapp (Tottenham Hotspur)
Oktober 2008 - sekarang


18. Roy Hodgson (West Bromwich Albion)
Februari 2011 - sekarang


18. Roberto Martinez (Wigan Athletic)
Ogos 2009 - sekarang



20. Mick McCarthy (Wolverhampton Wanderers)
Julai 2006 - Februari 2012

Maksud Lambang Bunga Merah Pada Jersi Pemain EPL

Pada bulan November setiap tahun, kami yakin anda akan melihat pasukan bola sepak Inggeris akan meletakkan bunga berwarna merah pada jersi mereka. Tahukah anda sejarah disebalik bunga merah ini? Jika tak tahu, hari ini kami akan menerangkan sejarah bunga merah ini.

Bunga PopiBunga merah ini ialah bunga poppy (popi). Ia dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November bagi memperingati hari berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915, puisi bertajuk In Flanders Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban di Flanders Field, Belgium. Pertempuran di Flenders Field adalah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung, bunga Poppy merah yang ditanam di Flenders Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.


Budaya memakai bunga Poppy dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diadaptasi oleh Britain dan negara-negara Commonwealth, namun amalan memakai bunga poppy di Amerika sudah pupus tetapi di Britain dan beberapa negara Commonwealth, ianya masih diamalkan. Remembrance Day kini juga digunakan bagi memperingati askar-askar yang tewas dalam setiap peperangan pasca Perang Dunia Pertama.

Pada hari yang sama Poppy Appeal diadakan di mana kutipan wang dari orang ramai dilakukan bagi membantu bekas askar yang memerlukan. Kalungan bunga kemudian diletakkan pada mana-mana memorial peperangan yang ada di seluruah negara. Ketika Malaya masih di bawah jajahan British, Cenotaph (tugu peringatan peperangan) terletak di Jalan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Kualu Lumpur. Ianya diubah ke lokasinya sekarang di Tugu Negara pada tahun 1964

Di Malaysia, amalam memakai bunga poppy berlangsung sehingga akhir 60-an. Kami tak tahu mengapa ianya dihentikan di negara kita tetapi kami rasakan mungkin dilakukan atas sebab patriotisme dan hari poppy ialah amalan peninggalan penjajah. Hari Poppy di Malaysia digantikan oleh sambutan Hari Pahlawan.

Jadi inilah sikit sebanyak sejarah disebalik bunga merah yang anda lihat pada jersi Wayne Rooney, Fernando Torres dan Luis Suarez. Kini anda tahu apakah cerita disebalik pemakaiannya! - Blog Serius


Boleh tahan lama aku tertanya-tanya mende nih sebab diri ini selalu tonton perlawanan EPL. Memang aku perasan kadang-kadang mereka akan pakai jersi yang ditambah dengan lambang bunga popi, cuma tak perasan ianya berlaku setiap tahun pada bulan November.

Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa pasukan dan pemain yang tampil dengan bunga popi pada jersi mereka.


Manchester City
Manchester City 


Chelsea
Chelsea


Aston Villa
Aston Villa


West Ham
West Ham 



Aaron Ramsey & Javier Hernandes
 Aaron Ramsey dan Javier Hernandes


David Beckham
David Beckham dan entah siapa...

Wednesday 25 December 2013

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.



insyaAllah jom kita baca, belajar dan fahami tatacara mengerjakan solat sunat witr ni.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :

Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.

p/s : marilah beristighfar. insyaAllah semoga bermanfaat. semoga kita semua sentiasa di dalam Rahmat Iman. InsyaAllah. :)

6 MAKANAN YANG BOLEH MENBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

 
 
 
 
Nak kurangkan berat badan? maka kurangkan lah pengambilan kalori dan lebihkan pembakaran kalori dalam badan. Atau dalam erti kata lain, lebihkan bersenam dan kurangkan makan. Namun sebenarnya, ada trick lain yang boleh membantu anda mengurangakan berat badan iaitu dari segi apa jenis makanan yang anda makan. Beberapa jenis makanan ini boleh membantuanda mengurangkan berat badan. Jangan saja diambil secara berlebihan. Makanan-makanan ini akan membantu anda merasa kekenyangan dengan cepat dan dengan itu akan mengelakkan anda daripada mengambil makanan berlebihan.
1. Kekacang
Kekacang adalah sumber makanan yang mudah didapati, murah, dan cepat mengenyangkan serta merupakan sumber protein yang baik. Kekacang juga mengandungi serat yang tinggi dan lambat untuk dihadam. Jadi ianya akan membantu anda merasa kenyang lebih lama.
 2. Sup
 Mulakan hidangan anda dengan secawan sup. Tak kira lah sama ada ianya sup biasa atau sup puree asalkan saja ia dalam bentuk cecair. Secawan sup mengandungi sekitar 100-150 kalori. Ia juga akan membantu anda merasa cepat kenyang. Selain sup, anda juga boleh mula dengan meminum secawan air. Oh..air mengandungi zero kalori.
3. Coklat gelap
Jika anda mahu menikmati coklat dalam hidangan anda, pilihlah coklat yang gelap 'dark chocolate' berbanding coklat yang bersusu. Menurut satu kajian di Denmark, mereka yang menikmati coklat gelap kebarangaliannya 15% kurang makan pizza beberapa jam kemudian berbanding mereka yang memakan coklat susu.
4. Telur dan sayuran
Sarapan pagi yang kaya dengan protein akan membantu anda mengelakkan diri dari memakan makanan segera sepanjang hari. Satu kajian telah dilakukan terhadap sekumpulan wanita obes. Mereka yang memulakan hari mereka dengan 35gram protein, akan merasa kenyang dengan cepat. Mereka diberi makan sarapan pagi yang mengandungi 350 kalori termasuklah telur dan sosej daging. Kesan sarapan pagi yang berproten tinggi ini kekal sehingga petang hari.
5. Apple
Makan lah apple segar dan bukan jus yang telah diekstrak dari buah apple. Buah-buahan segar ini mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Tambahan pula, mengunyah sesuatu akan membawa signal kepada otak bahawa kita telah memakan makanan yang berat.
 6. Yogurt
Salah satu kebaikan yogurt untuk badan ialah ia membantu merampingkan pinggang. Satu kajian di Harvard telah membuat penilaian terhadap lebih 120,000 orang selama sedekad dan mendapati daripada banyak-banyak makanan, yogurt adalah yang paling membantu dalam mengurangkan berat badan.
Jadi nanti bila anda pergi shopping, ingatlah untuk memenuhi bakul anda dengan makanan yang berprotein tinggi, sayuran segar, buah-buahan, dan bijirin. Ini bukan nasihat saya, tapi nasihat dari pakar sains makanan, Dr. Joy Dubost. Katanya, "The overall nutritional composition of your total diet remains the most important thing when it comes to lasting weight loss." Kalau anda ni seorang yang suka makan KFC tapi sedang berdiet, jangan risau. Pergi saja makan KFC dengan memesan set KFC Value Treats yang harganya hanya RM4. Seketul ayam dan sekotak air jer. Jimat dan kurang kalori. Tapi jangan pula order sampai 2 3 set .

Sunday 15 December 2013

Menarik! Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam

Kandungan-Hudud-Di-Negara-Brunei-Darussalam
Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam - Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
(so takdelah kena potong sampai 4 kerat)….
Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.
Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau senbaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…
Untuk pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.
*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…