Wednesday 30 October 2013

BAHANG FINAL PIALA MALAYSIA MAKIN TERASA

Kemuncak sukan bolasepak Malaysia semakin terasa apabila pertembungan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia anatara dua jaguh pantai timur iaitu Pahang vs Kelantan yang dijadualkan bertembung pada 2 November 2013 iaitu pada hari sabtu.Pertembungan boleh diibaratkan buku bertemu dengan ruas di mana kedua-dua pasukan telah bertemu di peringkat kumpulan yang mana ia lebih memihak kepada Pasukan Kelantan.Tetapi pentas final sudah tentu amat berbeza senarionya di mana kedua-dua pasukan tidak boleh mendabik dada kerana suasana perlawan akhir pasukan yang beraksi baik pada malam tersebut serta tidak membuat sebarang kesilapan pasti akan bergelar juara.Apapun kita tunggulah kelibat trio bintang pasukan Kelantan iaitu piya,apek dan indra serta trio dari Pahang iaitu Conti,Alex dan Amirul membuktikan bias mereka pada malam tersebut.Apapun saya rasa Kelantan pasti dapat mengekalkan Piala Malaysia pada tahun ini berdasarkan tahap konsistensi dan kemantapan yang ditunjukkan merekas sepanjang mereka beraksi sehingga peringkat separuh akhir.Apapun kita tunggu dan siapa yang akan bergelar juara kelak.


Sunday 27 October 2013

Tembak pegawai Ambank, akaun Facebook suspek?


 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbdPt5Aocg5OSgjToSIEFlGY1di_GwOs1-hv4LbllXM7vBVWwj5L09jTg0z1l8NFY_0K9YzMNQC-0hw7KOpPhRdBLfghKI-kGVHwXP50mz4fLBvxOh_IyxFh8PT3mYAu9bAuRcTuKTBlBC/s1600/ardi-hamza-pembunuh-pegawai-bank.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVrDkGibFQ66CHGi89yJxDCDPHo-r_1NakmMRxZyXpO1UqhSUgqWjkcE6l0dGEm_TfKGhik6KPSozA8pBwHP2qasfs3wsd_Q5yBLJxVdzhLAEgkkjFoUiyMVcARag4zepBIkeAJnHgsMLQ/s320/ardi-hamza-pembunuh-pegawai-bank1.jpgInsiden tembak pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, 37, pembunuhnya masih bebas dan polis percaya dia masih di Malaysia.

Kini tersebar di blog-blog akaun yang dikatakan dimiliki pembunuh tersebut. Akaun yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela dikatakan milik suspek.

Melihat kepada akaunnya, ternyata dia berasal dari Indonesia dan rakan Facebook mencecah lebih 4,000 orang dan majoriti daripada negara jiran, Indonesia.

Gambar-gambar yang terdapat dalam akaun tersebut boleh dilihat di akaun tersebut di sini dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.

BIODATA RINGKAS MOHD NOOR RASHNA









Nama saya Mohd Noor Rashna Bin Mohd Rashid.Saya dilahirkan pada 10 Jun 1979 di Kampung Telok Kapas Klang Selangor.Saya anak kedua dari 5 orang adik beradik.Sekarang saya berusia 34 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang ister serta 3 cahayamata.Sekarang saya bertugas di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor sebagai seorang Penolong Juruaudit dan sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.