Wednesday 30 October 2013

BAHANG FINAL PIALA MALAYSIA MAKIN TERASA

Kemuncak sukan bolasepak Malaysia semakin terasa apabila pertembungan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia anatara dua jaguh pantai timur iaitu Pahang vs Kelantan yang dijadualkan bertembung pada 2 November 2013 iaitu pada hari sabtu.Pertembungan boleh diibaratkan buku bertemu dengan ruas di mana kedua-dua pasukan telah bertemu di peringkat kumpulan yang mana ia lebih memihak kepada Pasukan Kelantan.Tetapi pentas final sudah tentu amat berbeza senarionya di mana kedua-dua pasukan tidak boleh mendabik dada kerana suasana perlawan akhir pasukan yang beraksi baik pada malam tersebut serta tidak membuat sebarang kesilapan pasti akan bergelar juara.Apapun kita tunggulah kelibat trio bintang pasukan Kelantan iaitu piya,apek dan indra serta trio dari Pahang iaitu Conti,Alex dan Amirul membuktikan bias mereka pada malam tersebut.Apapun saya rasa Kelantan pasti dapat mengekalkan Piala Malaysia pada tahun ini berdasarkan tahap konsistensi dan kemantapan yang ditunjukkan merekas sepanjang mereka beraksi sehingga peringkat separuh akhir.Apapun kita tunggu dan siapa yang akan bergelar juara kelak.


No comments:

Post a Comment